Klasifikasi lingkungan suara dalam muzik klasikal solo Lingkungan_suara

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard
SopranoAltoTenorBes

Klasifikasi lingkungan suara di bawah kebiasaannya digunakan dalam muzik klasikal untuk suara tertinggi dan terendah. Ia lebih merupakan senarai asas kerana lingkungan suara yang sebenar berlainan daripada seseorang penyanyi kepada yang lain. [1]

Lingkungan asas (kebiasaannya digunakan):

Lingkungan fizikal suara (berlainan daripada setiap penyanyi; tidak termasuk penggunaan falseto - teknik pemalsuan suara):

(Penggunaan falseto boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi lelaki untuk naik satu oktaf ke atas dan penggunaan flaggelio boleh melanjutkan lingkungan suara penyanyi wanita untuk naik menghampiri satu oktaf ke bawah)

Lingkungan empat yang pertama kebiasaannya dinyanyikan oleh penyanyi wanita dan tiga yang terakhir adalah untuk penyanyi lelaki. Lelaki yang memiliki suara yang tinggi dirujukkan sebagai kauntertenor dan ketinggian suara kauntertenor diletakkan bersamaan dengan senarai empat yang pertama. Penyanyi soprano lelaki dikenali sebagai sopranis dan kebiasaannya menpunyai suara yang lebih tinggi daripada penyanyi soprano wanita. Kontralto dahulunya dikenali sebagai penyanyi tenor tetapi kini tidak lagi digunakan dan digalakkan penggunaanya. Amat jarang untuk penyanyi lelaki kini mempunyai atau menyanyikan bahagian lingkungan suara penyanyi wanita.

Pengaruhan lingkungan suara

Jenis vokal dalam lingkungan suara di atas selalunya boleh dicapai melalui latihan atau bakat semulajadi, namun ia juga boleh terjadi atau berubah mengikut perubahan fisiologi.Contoh yang paling ketara ialah penyanyi kastrato yang dikembirikan semasa kecil (lelaki) untuk meninggikan suara dan juga untuk merendahkan suara melalui penghisapan rokok atau tembakau.

Peranan dalam opera

Mezzo-soprano jarangkali menyanyikan peranan yang ditulis untuk penyanyi soprano seperti contoh untuk peranan Lady Macbeth, Santuzza, Isolde begitu juga sebaliknya seperti peranan Carmen, Rosina, Marina. Keadaan ini bertujuan untuk menghasilkan kesesuaian suara dalam nota muzik yang ditulis berdasarkan jenis suara. Kebiasaannya, para penggubah menerangkan jenis-jenis suara yang sesuai untuk peranan-peranan yang diberikan. Tetapi ia bukanlah semudah itu, seperti contoh penggubah legenda Giuseppe Verdi yang tidak membezakan "mezzo-soprano" dan "alto". Penggubah-penggubah awal termasuk Wolfgang Amadeus Mozart langsung tidak membezakan kategori-kategori soprano dan menganggap mezzo-soprano sebagai soprano.

Cara lain untuk menentukan jenis suara yang sesuai ialah jenis muzik ensembel atau koral dengan membahagikan tiga bahagian wanita seperti (soprano), mezzo-soprano (soprano 2) dan alto (atau seorang mezzo-soprano).

Peranan “Carmen” (penyanyi mezzo-soprano) untuk opera Carmen contohnya, menyanyikan nota rendah untuk bahagian nyanyian trio Frasquita-Mercedes-Carmen. Oleh sebab itu, penggubah Bizet sebenarnya tidak pernah mencadangkan lagu itu untuk seorang penyanyi soprano tetapi untuk seorang mezzo-soprano atau alto. Walau bagaimanapun, kebanyakan penyanyi soprano boleh menyampaikan peranan tersebut dengan baik. Jenis suara penyanyi sebenarnya bergantung kepada bakat dan repertoir masing-masing.